Tumpuan :
Sukan

Sawda lakar kejayaan sensasi padam rekod Asia, sambar emas ujian masa ACC

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin 

NILAI: Pasukan basikal trek negara meraih pencapaian bermakna pada hari ketiga Kejuaraan Asia apabila memperbaharui catatan kempen, semasa menjuarai acara 1 kilometer ujian masa remaja perempuan.

Lebih membanggakan pingat emas tersebut disumbang atlet muda berusia 17 tahun, Sawda Hasbullah di Velodrom Nasional Malaysia.

Saingan disertai lima pelumba itu menyaksikan Malaysia menampilkan keunggulan dengan catatan 1 minit (m) 10.818 saat (s) miliknya mengatasi rekod lama 1m 12.722s milik Liu Shang Ying dari Taiwan semasa peringkat kelayakan.

“Saya sangat bersyukur kerana tanpa jurulatih, keluarga dan rakan yang bagi sokongan, saya tak mampu untuk kawal emosi, sebab ni acara yang sangat sukar dari segi fizikal dan mental,” kata pelumba kelahiran Melaka itu.

Kemenangan itu sekali gus mengubat kekecewaan mendapat tempat keempat acara keirin, semalam.

Podium perak diraih Shang Ying yang mencatat 1m 11.936s sementara Harshita Jakhar dari India di tempat ketiga menerusi 1m 12.848s.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini