Tumpuan :
Sukan

Satu langkah drastik diambil untuk memastikan padang SNBJ di tahap terbaik – FAM

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaruh sepenuh keyakinan terhadap pihak yang menguruskan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam memastikan perlawanan akhir Piala Malaysia nanti dapat berlangsung pada tarikh yang ditetapkan.

Menurut Naib Presidennya, Mohd Firdaus Mohamed, badan itu percaya kewibawaan serta kepimpinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dapat memastikan rumput yang baru ditukar dan boleh digunakan untuk acara bola sepak biarpun konsert diadakan di tempat yang sama.

“Difahamkan baru-baru ini satu langkah drastik telah dilakukan untuk memastikan keadaan padang itu berada di tahap terbaik dan perlawanan akhir Piala Malaysia dapat diadakan di stadium itu (SNBJ),” katanya.

 

SNBJ adalah gelanggang keramat buat pasukan Harimau Malaya dan jika berlaku sebarang kerosakan terhadap padang itu, sedikit sebanyak memberi masalah besar kepada pasukan negara.

Media melaporkan baru-baru ini berlangsung konsert mega membabitkan kumpulan Coldplay dan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar terkini di akaun Instagram miliknya yang memperlihatkan keadaan padang SNBJ seperti mengalami kerosakan di beberapa tempat.

Rumput di SNBJ telah ditukar kepada jenias Zeon Zoysia demi memastikan keadaan padang semakin baik dan membolehkan Harimau Malaya bermain dengan lebih bagus di stadium berkenaan.

Namun jika rosak akibat aktiviti lain, sudah pasti ia sangat mengecewakan selepas membelanjakan jutaan ringit demi padang itu.

Bagaimanapun Hannah berkata, rawatan serta pembaikan terhadap pembukaan padang SNBJ tidak membabitkan kos atau peruntukan bagi menjamin kualiti padang menjelang final pada 8 Disember ini.

Loading...
Terkini