comscore
Tumpuan :
Sukan

Sarawak setuju guna rumput jenis Zeon Zoysia

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Sarawak menjadi negeri pertama bersetuju menggunakan rumput baharu jenis Zeon Zoysia di salah satu stadium negeri berkenaan sebagai menyambut tawaran dikemukakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan sudah menyatakan pendirian tidak bersetuju berikutan mahu menggunakan rumput sedia ada di stadium masing-masing ketika ini.

Sementara negeri lain iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perlis, Melaka, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah memohon untuk diberikan pelanjutan masa bagi mengkaji secara mendalam kesesuaian pelaksanaan penanaman rumput Zeon Zoysia di negeri masing-masing.

“Mereka mahu lihat dulu hasil penanaman rumput itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berikutan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan seperti naik taraf sistem saliran di stadium dan negeri berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Menara KBS, hari ini.

Foto hiasan

Tambah Hannah, walaupun Sarawak telah menyatakan persetujuan, negeri berkenaan masih belum membuat keputusan berhubung lokasi stadium yang akan digantikan dengan rumput jenis Zeon Zoysia bagi melihat kesesuaian penanaman rumput jenis itu.

KBS sebelum ini menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco Belia dan Sukan negeri bagi menaik taraf padang stadium bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.

Untuk rekod Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika ini menggunakan rumput jenis tersebut.

Loading...
Terkini