Tumpuan :
Nasional

Sarawak sedia jadi tuan rumah anjur SUKMA 2024

KUCHING: Sarawak sedia untuk menjadi tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia SUKMA 2024 sekiranya diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab terbabit.

Bagaimanapun ia perlu dimaklumkan lebih awal kepada negeri itu bagi memboleh persediaan awal dilakukan selain untuk membaiki serta menaik taraf kemudahan infrastruktur sukan sedia ada.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu sudahpun dicadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semasa pertemuan dengan beliau baru-baru ini bagi membolehkan penganjuran temasya itu dilakukan berdasarkan penggiliran seperti di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Malah, Sarawak jelasnya akan mengagihkan peruntukkan khas bagi membantu memperkasakan pembangunan sukan di negeri berkenaan.

“Kita terima sebab saya nak bangunkan sukan kita hingga mencapai tahap atau peringkat antarabangsa.

“Biarlah kita bersama-sama membangunkan sukan kita di Malaysia ini kerana kita ada semangat Malaysia dan kita juga mahu tingkatkan kualiti atlet-atlet kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif atlet SUKMA XX; MSN 2022; Sukan SEA Hanoi 2021; Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Kuching.

Menurut Tan Sri Abang Johari, Penganjuran SUKMA seharusnya mempunyai konsistensi dan standard yang sama supaya Malaysia mampu melahirkan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa.

Tegasnya, pembatalan modul atau acara yang sepatutnya dipertandingkan dalam temasya berkenaan memberikan implakasi moral kepada atlet selain turut menjejaskan kualiti sukan itu sendiri.

Justeru beliau menyeru agar tindakan membatalkan mana-mana acara tanpa sebab munasabah tidak seharusnya berlaku dimaa hadapan agar atlet terlibat dapat bertanding seterusnya memperkasakan prestasi mereka.

Loading...
Terkini