Tumpuan :
Sukan

Sanusi kekal jawatan Presiden KFA

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA bagi penggal 2022-2026.

Pemilihan sempena Kongres Tahunan KFA ke-47 di Wisma Darul, Aman di sini, hari ini, turut menyaksikan Datuk Abdul Rahman Abdullah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden manakala tiga Naib Presiden dimenangi Datuk Mohd Salleh Saidin, Muhammad Radhi Mat Din dan Datuk Syed Yusoff Syed Othman.

“Seramai lapan ahli eksekutif (exco) telah dipilih dan saya selaku Presiden KFA telah diberi peluang untuk melantik dua lagi exco tambahan bagi jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Lantikan itu akan dibuat pada mesyuarat ahli jawatankuasa pertama selepas sambutan Aidilfitri nanti.

“Sepatutnya, pemilihan ahli jawatankuasa penggal 2022-2026 ini dibuat pada November tahun lalu tetapi ada isu pemutihan dimana terdapat ahli gabungan yang belum mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan maka ia ditangguh ke tahun ini,” kata Muhammad Sanusi pada sidang media selepas kongres tersebut.

— BERNAMA

Loading...
Terkini