comscore
Tumpuan :
Sukan

Sancho beralih ke Liga Arab?

Pemain Manchester United, Jadon Sancho berada dalam radar kelab Arab Saudi, Al-Hilal menjelang jendela perpindahan Januari ini. FOTO: Reuters

MANCHESTER: Jadon Sancho yang kini dipinggirkan Manchester United berada dalam radar kelab Arab Saudi, Al-Hilal menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Sancho dipinggirkan oleh United selepas tidak sehaluan dengan pengendali, Erik ten Hag yang menggugurkannya daripada skuad ketika kekalahan kepada Arsenal pada September.

Pemain sayap itu tidak berlatih atau berinteraksi dengan skuad senior kerana enggan meminta maaf kepada Ten Hag.

Menurut media British, pemain England itu berpeluang berpindah ke Arab Saudi bagi menggantikan Neymar di Al-Hilal.

Kelab gergasi Saudi kendalian Jorge Jesus itu sedang mencari pengganti Neymar selepas bintang Brazil berkenaan terpaksa berehat 10 bulan akibat kecederaan serius.

Sancho gagal menyerlah di United sejak berpindah dari Borussia Dortmund pada tahun 2021.

Pemain 23 tahun itu hanya meledak 12 gol dan enam umpanan gol dalam 82 penampilan.

Ia jauh berbeza dengan pencapaiannya di Dortmund. Sancho meledak 50 gol dan 64 umpanan gol dalam 137 perlawanan sepanjang empat tahun di kelab Bundesliga itu.

Sancho bagaimanapun tidak menunjukkan minat untuk berpindah ke Arab Saudi dalam masa terdekat.

Pengendali El-Ettifaq, Steven Gerrard dan kelab Serie A, Juventus juga berminat mendapatkan Sancho. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini