comscore
Tumpuan :
Sukan

Salah luah hasrat tinggalkan Liverpool hujung musim ini

Foto: Reuters

MANCHESTER: Bintang Liverpool, Mohamed Salah mendedahkan musim ini yang terakhirnya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Selepas membantu Liverpool memalukan Manchester United dengan kemenangan 3-0 di Old Trafford semalam, penyerang Mesir itu menyatakan hasratnya itu.

“Saya mengharungi musim panas yang bagus, masa yang panjang untuk memikirkan tentang masa depan saya, ini adalah tahun terakhir saya dengan kelab dan saya mahu menikmatinya.

“Saya rasa saya bebas untuk bermain bola sepak – kita lihat apa yang akan berlaku tahun depan.

“Tidak ada sesiapa di kelab yang bercakap dengan saya berkenaan kontrak. Ia bukan di tangan saya, ia bergantung kepada kelab,” kata Salah, 32 tahun.

Salah  yang mengumpul jaringan tertinggi untuk pemain pelawat di Old Trafford dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan tujuh gol, menjaringkan satu gol dan membantu dua lagi untuk Luis Diaz bagi Liverpool  meneruskan permulaan positif di bawah pengendali baharu, Arne Slot.

Slot memulakan karier di England dengan cemerlang selepas menjadi pengendali Liverpool pertama memenangi pertemuan sulung menentang United sejak Bob Paisley pada November 1975, dan yang kedua melakukannya di tempat lawan selepas George Kay pada November 1936.

“Banyak kemungkinannya, tetapi ketika ini dia (Salah) adalah sebahagian daripada kami dan saya sangat gembira dengannya. Saya tidak bercakap tentang kontrak.

“Dia sangat mengagumkan, seperti pada dua perlawanan pertama, jika anda bercakap tentang individu, anda tidak bersikap adil dengan pemain lain.

“Apa yang anda ingin lihat sebagai pengendali dapat dilihat dalam perlawanan ini. Ada saat sukar buat kami, United bermula baik tetapi kemudian jaringan kami dibatalkan dan tiada reaksi negatif, kami terus bermain, menjaringkan tiga gol, sepatutnya boleh lebih banyak lagi,” kata Slot.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini