comscore
Tumpuan :
Sukan

Salah ceriakan Liverpool pada aksi pembukaan 2024

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti bagi gol keempat ketika menang 4-2 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di arena sendiri. – FOTO: Reuters

LIVERPOOL, England: Dua gol Mohamed Salah membantu Liverpool memulakan tahun baharu tiga mata di depan dalam carta Liga Perdana Inggeris menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield.

Liverpool menguasai perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat apabila membuka jaringan pada minit ke-49 menerusi Salah, sekaligus menebus kesilapannya terlepas sepakan penalti pada babak pertama.

Bagaimanapun tumpuan Newcastle tidak terjejas apabila menyamakan kedudukan menerusi Alexander Isak lima minit kemudian.

Permainan tambah rancak menyaksikan Curtis Jones kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-74 dan belum sempat pelawat memperkemaskan pertahananan menyusul gol ketiga Liverpool empat minit kemudian untuk kedudukan 3-1 hasil percubaan Cody Gakpo.

Minit ke-81 Newcastle kembali mencemaskan Liverpool apabila Sven Botman merapatkan kedudukan 2-3.

Namun Salah melenyapkan kebangkitan pelawat apabila menyempurnakan sepakan penalti empat minit sebelum tamat untuk kemenangan 4-2 Liverpool.

Liverpool kini di tangga teratas mengumpul 45 mata daripada 20 perlawanan.Villa meraih 42 mata di belakang Liverpool, manakala Manchester City, yang beraksi kurang satu perlawanan, di tangga ketiga dengan 40 mata

Loading...
Terkini