Tumpuan :
Dunia

Sah! Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia 2034

 Pertunjukan dron dilihat memaparkan Trofi Piala Dunia FIFA di Riyadh, sejurus Arab Saudi diumumkan sebagai negara tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2034. – FOTO: Reuters

RIYADH: Arab Saudi telah disahkan sebagai negara tuan rumah Piala Dunia 2034 pada Kongres Luar Biasa FIFA yang dihadiri oleh semua 211 Persatuan Ahli FIFA pada Rabu.

Pada masa sama, Maghribi, Portugal dan Sepanyol akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.

Selain itu, tiga perlawanan dalam kejohanan 2030 juga akan diadakan di Argentina, Paraguay, dan Uruguay bagi memperingati ulang tahun ke-100 kejohanan itu.

Pemilihan Arab Saudi yang telah lama dijangkakan sebagai tuan rumah 2034 merupakan kali kedua Piala Dunia diadakan di Asia Barat selepas Qatar pada 2022.

Lapor Reuters, beberapa tahun kebelakangan ini, dana kekayaan kerajaan Arab Saudi telah memperlihat pelaburan berskal besar terhadap sukan itu, termasuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Newcastle United serta mengikat pemain berstatus ‘bintang’ seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Sadio Mane untuk bermain dalam Liga Pro Saudi domestiknya.

Bagaimanapun, pencalonan dan pemilihan Arab Saudi turut didasari dengan pelbagi isu dan kontroversi. Beberapa negara anggota FIFA beranggapan Arab Saudi melakukan ‘sportswashing’ dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggunakan perbelanjaan luar biasa dalam sukan untuk memperbaiki reputasi negara pengeluar minyak itu berkenaan rekod hak asasi manusia dan kesan terhadap alam sekitar.

Menurut Reuters, Arab Saudi dilaporkan bakal membina atau mengubah suai 11 stadium dan menyediakan 185,000 bilik hotel baharu menjelang Piala Dunia 2034.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini