Tumpuan :
Sukan

Sabalenka hampiri gelaran ketiga Terbuka Australia

Juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka meraikan kemenangan ke atas Paula Badosa di separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne Park, Australia. – FOTO: Reuters

MELBOURNE: Juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka mengatasi Paula Badosa 6-4, 6-2 untuk mara ke final Terbuka Australia buat kali ketiga berturut-turut.

Pilihan utama kejohanan itu akan bertemu pemenang antara Iga Swiatek dan Madison Keys yang bertembung dalam satu lagi aksi separuh akhir di Rod Laver Arena.

Sabalenka dalam misi memburu gelaran Grand Slam keempatnya, Sabtu ini.

“Meremang bulu roma saya. Saya sangat bangga dengan diri saya dan pasukan saya untuk berada dalam situasi ini.

“Jika nama saya tercatat dalam sejarah, ia amat bermakna buat saya, tidak pernah saya impikan sebelum ini. Saya akan memberikan segalanya pada final nanti,” kata Sabalenka.

Sabalenka mampu menjadi wanita pertama memenangi tiga gelaran Terbuka Australia berturut-turut sejak Martina Hingis (1997-99). – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini