Tumpuan :
Sukan

S2G kejutkan SRG di pusingan pertama ‘Swiss Stage’

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PUTRAJAYA: Misi skuad Selangor Red Giants (SRG) untuk mencatat kemenangan pada pusingan pertama Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB M6) terbantut selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan Turkiye, S2G Esports.

Pada perlawanan yang menggunakan format ‘best of one’ itu, SRG terpaksa melepaskan kemenangan selepas bertarung selama 19 minit.

SRG dibarisi Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent) selain pemain simpanan, Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) pastinya menjadi pilihan selepas beberapa kejayaan yang ditempa tahun ini.

Bagaimanapun, usaha keras yang disajikan pasukan S2G jelas membuahkan hasil terutamanya menerusi permainan kemas Mehmet Aqif Ozturk (Kazue) yang menggunakan hero ‘Suyou’.

Pertarungan yang berlangsung selama 19 minit utk menyaksikan S2G berjaya mencatat keputusan 14-10 dari segi ‘kills’, paling utama, berjaya merakam kemenangan pertama dalam usaha untuk mara ke peringkat ‘playoff’.

Sementara cabaran SRG masih belum berakhir, sebaliknya mereka perlu menang aksi seterusnya dalam kumpulan kalah dan mengumpul 3 kemenangan untuk turut mara ke peringkat ‘playoff’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini