RIYADH: Setelah hampir setahun beraksi di Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr, Cristiano Ronaldo sudah mengumpul sekitar 153 juta pound (RM884.5 juta).
Pemain itu menandatangani kontrak bernilai 177 juta pound (RM1.02 bilion) Disember tahun lalu.
Susulan perpindahannya, turut membuka langkah kepada beberapa bintang ternama Eropah lain ke Liga Pro Saudi, antaranya Neymar, Sadio Mane, Roberto Firmino, Karim Benzema, Jordan Henderson, Riyad Mahrez, Allan Saint-Maximin dan Ruben Neves.
Namun belum ada pemain yang mampu menyaingi pendapatan Ronaldo di liga berkenaan.Penyerang Portugal berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak makan gaji buta di kelab baharunya.
Dia sudah meledak 36 gol dalam 42 penampilan untuk Al-Nassr, yang kini menghuni tangga kedua liga selepas 13 perlawanan.
Anak lelakinya, Cristiano Jr, turut mengikut jejak ayahnya apabila menyertai akademi remaja Al-Nassr.
Ketika Ronaldo beraksi di Juventus dan Manchester United, Cristiano Jr turut menyertai akademi kelab berkenaan.
Selain memakai jersi nombor tujuh seperti Ronaldo, Cristiano Jr turut menunjukkan potensi memberangsangkan apabila terpilih untuk mewakili skuad bawah 15 tahun Al-Nassr. – AGENSI