Tumpuan :
Sukan

Ronaldo mula pamer ketajaman, ledak empat gol buat Al Nassr

Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk Al Nassr ketika aksi Liga Pro Saudi menentang Al Wehda di Stadium King Abdulaziz, Mekah. – FOTO : AFP

RIYADH – Cristiano Ronaldo mula mempamerkan aksi sebenarnya dalam saingan Liga Pro Saudi apabila cemerlang meledak 4 gol membantu pasukannya Al Nassr menundukkan Al Wehda 4-0.

Ia secara tidak langsung menyaksikan Ronaldo berjaya mencetak lebih 500 gol liga sepanjang kariernya menerusi penampilan dalam lima liga berbeza.

Dalam aksi Liga Pro Saudi itu, Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-21 dengan rembatan kaki kirinya, dan menjadikan kedudukan 2-0 dengan kaki kanannya.

Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Al Nassr ketika aksi Liga Pro Saudi menentang Al Wehda di Stadium King Abdulaziz, Mekah. – FOTO : AFP

Dia melengkapkan hatrik di awal babak kedua menerusi sepakan penalti. Ia adalah hatrik ke-61 dalam kariernya. Gol keempat Ronaldo hadir pada minit ke-61.

Ronaldo membuka jaringannya untuk Al Nassr pada Jumaat lalu menerusi sepakan penalti masa kecederaan ketika seri 2-2 menentang Al Fateh.

Untuk rekod, Ronaldo telah menjaringkat 3 gol ketika memulakan karier bersama Sporting Lisbon, 103 gol untuk Manchester United, 311 gol bersama Real Madrid dan 81 gol di Juventus dengan tambahan 5 gol bersama Al Nassr menyaksikan dia kini mengumpul sebanyak 503 gol liga. – AFP

Loading...
Terkini