LONDON: Mats Hummels menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk membantu AS Roma mencatat keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur pada aksi Liga Europa, awal pagi tadi.
Tottenham bermula dengan langkah kanan apabila Son Heung-min menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima.
Evan Ndicka menyamakan kedudukan untuk Roma selepas menyudahkan sepakan percuma Paulo Dybala 15 minit kemudian.
Bagaimanapun Brennan Johnson kembali meletakkan Spurs di depan, pada minit ke-34.
Roma memberikan tekanan hebat di penghujung perlawanan di Stadium Tottenham, dan Hummels memanfaatkan peluang dari jarak dekat untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Skuad kendalian Ange Postecoglou kini berada di luar kelompok lapan teratas, yang layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.