PARIS: Bintang bola sepak Sepanyol dan Manchester City, Rodri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or 2024 sebagai pemain terbaik di dunia pada Isnin sekali gus menewaskan Vinicius Jr dari Brazil dan Jude Bellingham dari England.
Selain itu, AitanaBonmatii dari Barcelona meraih anugerah untuk kategori wanita untuk kali kedua.
Rodri, yang memenangi anugerah itu buat kali pertama, telah memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya meraih trofi Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut musim lalu.
Dia juga dinobatkan sebagai pemain terbaik di Kejuaraan Eropah tahun ini selepas Sepanyol meraih gelaran keempat mereka.
Pemain berusia 28 tahun itu merupakan pemain tengah pertama yang memenangi Ballon d’Or sejak Lothar Matthaus pada tahun 1990 dan merupakan pemain Sepanyol ketiga yang meraih anugerah ini selepas Alfredo Di Stefano dan Luis Suarez.
Walaupun anugerah itu didominasi oleh pemain dari liga Sepanyol, tiada pemain Sepanyol yang memenanginya sejak Luis Suarez lebih 60 tahun yang lalu, walaupun Sepanyol dianggap mempunyai ‘generasi emas’ yang memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2008 serta 2012.
Rodri, yang disifatkan oleh jurulatih City, Pep Guardiola, sebagai ‘pemain tengah terbaik di dunia’, akhirnya memecah rekod itu dengan keupayaan uniknya yang menjadikan kelab itu dominan di England dan membantu Sepanyol menguasai Eropah sekali lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.