Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
JEONJU: Prestasi cemerlang Selangor FC di kempen Liga Juara-Juara Asia Dua berakhir di perlawanan keempat.
Penyandang pendahulu Kumpulan H Zon Timur itu tewas 0-1 kepada Jeonbuk Hyundai Motors sekaligus merelakan lawan merampas kedudukan teratas carta.
Red Giants yang bertandang ke Jeonju World Cup Stadium dikecewakan dengan jaringan pemisah Tiago Orobo minit (m) ke-22.
Dibimbing pengendali sementara Abdifitaah Hassan, mereka bergelut untuk mencari gol kebangkitan meskipun banyak kali mencemaskan gawang lawan.
Keputusan 1-0 memihak tuan rumah itu menyebabkan pelawat mengalami kekalahan pertama kempen.
Jeonbuk dibimbing Kim Do Heon yang merakam kemenangan ketiga mengambil alih posisi peneraju carta dengan sembilan mata.
Selangor FC pula di tangga kedua dengan enam mata hasil dua kemenangan serta masing-masing satu seri dan kekalahan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.