LONDON: Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di Stadium Wembley.
Dani Carvajal memecah kebuntuan pada minit ke-74 untuk meletakkan kelab gergasi Sepanyol itu semakin hampir dengan gelaran tertinggi Eropah ke-15 mereka.
Vinicius Junior memastikan kemenangan buat skuad kendalian Carlo Ancelotti apabila meledak gol kedua pada minit ke-83.
Ia kekalahan yang memeritkan buat Dortmund selepas beberapa peluang keemasan membuka jaringan di babak pertama gagal dimanfaatkan, terutama menerusi percubaan jarak dekat Niclas Fullkrug yang terkena tiang.
Fulkrug akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol Real, Thibaut Courtois di akhir permainan, namun jaringan berkenaan tidak dikira kerana ofsaid. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.