Tumpuan :
Sukan

Ranking Zii Jia merudum ke tangga 14, gandingan Tang Jie/ Ee Wei melonjak

Tang Jie/ Ee Wei yang sudah menjuarai dua saingan Jelajah Dunia BWF tahun ini kini berada di carta ke-15 dunia

KUALA LUMPUR: Kemaskini ranking baharu pemain badminton negara mengalami sedikit perubahan.

Sandaran perseorangan lelaki di temasya Olimpik tahun depan, Lee Zii Jia jatuh lagi satu anak tangga dengan menghuni di posisi ke-14 pula.

Peningkatan mantap dinikmati beregu campuran Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei.

Kejayaan Tang Jie/ Ee Wei menjuarai Terbuka Taiwan serta momentum dalam dua lagi pertandingan terakhir membolehkan mereka kini di carta ke-14 dunia.

Zii Jia yang baharu beraksi di 12 pertandingan pada 2023 mengalami penurunan ranking kali ketiga berturut-turut bulan ini. – FOTO: Badminton Association of Malaysia – BAM / Facebook

Ia merupakan pertambahan empat anak tangga dari kedudukan ke-19 sebelum ini.

Juara beregu lelaki Terbuka Taiwan, Man Wei Chong/ Tee Kai Wun masih lagi di ranking ke-23 dunia, sementara Aaron Chia/ Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi kekal di posisi masing-masing iaitu keempat dan keenam.

Perseorangan wanita, Goh Jin Wei pula terkesan dengan jatuh lagi empat tempat, yang terbaru di posisi ke-34.

Loading...
Terkini