comscore
Tumpuan :
Sukan

Ranking Piala Dunia Kelab FIFA: JDT di tangga ke-13 terbaik Asia 

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di tangga ke-13 Asia menerusi Ranking Konfederasi Piala Dunia Kelab 2025 yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Skuad ‘Harimau Selatan’ yang kini menjadi ‘pasukan tetap’ bagi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan akan turut berentap di ACL Elit (ACLE) musim depan mengutip 38 mata membabitkan 12 mata pertandingan dan 26 mata perlawanan.

Berdasarkan maklumat FIFA, mereka menang lapan perlawanan, seri dua perlawanan serta tewas dalam sembilan perlawanan.

Kedudukan ini menyaksikan JDT berada di tangga kedua terbaik bagi pasukan dari ASEAN selepas wakil Thailand, BG Pathum United yang meraih 46 mata berada pada kedudukan kesembilan Asia.

Dua pasukan yang sudahpun layak ke Piala Dunia Kelab 2025 masing-masing berada di tangga pertama iaitu Al-Hilal dengan 106 mata serta Urawa Reds di tangga kelapan dengan 49 mata.

Selain Al-Hilal, Urawa Reds dan BG Pathum United, tujuh lagi pasukan yang berada dalam senarai 10 terbaik Asia adalah Jeonbuk Motors (79 mata), Ulsan (71 mata) dan Kawasaki Frontale (64 mata).

Al-Nassr yang diperkuat dengan bintang terkemuka dunia seperti Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Aymeric Laporte berada di tangga kelima (58 mata) diikuti Pohang Steelers (56 mata) dan Al-Duhail (53) mata).

Melengkapkan senarai 10 pasukan teratas adalah Yokohoma F Marinos di tangga kesepuluh dengan 42 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini