comscore
Tumpuan :
Sukan

Raih perak di Kejohanan Dunia, Ziyad tempah slot ke Paralimpik Paris

Ziyad meraih perak Kejohanan Dunia di Paris.

KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas memenangi pingat perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, semalam.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Muhammad Ziyad, atlet para pertama Malaysia layak secara merit ke temasya berprestij, yang diadakan pada setiap empat tahun sekali.

Pada kejohanan yang berlangsung di Charlety Stadium, atlet berusia 33 tahun itu melakukan lontaran 17.21 meter (m) namun tidak mampu menewaskan pencabar dari Ukraine, Maksym Koval yang membolot emas.

Koval melakukan lontaran sejauh 17.57m untuk mengungguli emas manakala tempat ketiga diraih rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi dengan lontaran 16.99m.

Berdasarkan rekod, Koval adalah pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas ‘merampas’ pingat tersebut daripada Ziyad apabila penganjur membatalkan kemenangan jaguh negara itu.

Ia susulan delegasi Ukraine telah membuat protes kepada pihak penganjur kerana mendakwa Ziyad lambat memasuki callroom dan meminta agar membatalkan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik pada 31 Ogos 2021.

Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) dibatalkan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menurut penetapan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris tahun depan.

Loading...
Terkini