KUALA LUMPUR : Malaysia Rugby (MR) mengumumkan penundaan tarikh bagi kejohanan ragbi Piala Agong bagi edisi 2022.
Ia susulan pengumuman pembubaran Kerajaan Persekutuan dan proses Pilihanraya Umum, PRU – 15 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Menurut Naib Presiden, Fahmy Jalil, perbincangan lanjut telah diadakan dengan pihak Majlis Sukan Negara, MSN berhubung penundaan ini.
“MR mengambil kira tarikh baharu yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya, kita akan tetapkan semula tarikh baharu Piala Agong 2022.
“Piala Agong tetap akan dijalankan walaupun mengambil kira juga dengan keadaan cuaca yang diramal akan berlaku pada hujung tahun ni tetapi kita akan kira dari segi teknikal dan juga pasukan, persiapan pasukan, kita akan tetap jalankan juga Piala Agong untuk 2022 ini nanti,” katanya.
Kejohanan Ragbi Piala Agong kembali mengisi kalendar MR tahun ini selepas tidak dapat dilangsungkan dua tahun sebelum ini berikutan penularan Covid-19.
Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian pada kali ini dengan dua pasukan unit beruniform, ATM dan PDRM turut menghantar pasuka .
Pada asalnya, saingan akan membuka tirai bermula 22 Oktober ini, namun, pengumuman p3mbubaran Kerajaan Persekutuan dan PRU-15 menyaksikan keputusan untuk menunda saingan perlu dibuat berikutan pembabitan pemain-pemain sepanjang PRU.