comscore
Tumpuan :
Sukan

R Sharmendran, M Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor

SHAH ALAM: Atlet karate-do negara, R Sharmendran dan atlet badminton beregu wanita utama, M Thinaah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Selangor bagi 2021-2022.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor (ASNS) di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran ASNS sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada individu serta kumpulan berkenaan di atas jasa perkhidmatan serta kepimpinan ke arah kemajuan sukan Selangor.

“Seramai 83 olahragawan dan olahragawati dianugerahkan sepanjang ASNS ini diadakan yang bermula dari tahun 1975 sehingga tahun 2018,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, SUK di sini petang tadi.

Selain Sharmendran dan Thinaah katanya, ASNS turut meraikan Olahragawan dan Olahragawati Harapan yang dianugerahkan kepada perenang muda negara Andrew Goh Zheng Yen dan pemain tenis negara, Saw Jo-Leen.

“Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

“Beberapa individu yang menyumbang kepada sukan turut menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan, Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Juri serta Anugerah Pasukan Terbaik,” katanya.

Loading...
Terkini