comscore
Tumpuan :
Sukan

Qi Xuan mohon bantuan kewangan

Pemain beregu wanita negara, Ng Qi Xuan terjatuh ketika aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 di Stadium Juara, Bukit Kiara. – FOTO: NSTP.

KUALA LUMPUR: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan mengenai situasi dialami pemain beregu profesional wanita negara, Ng Qi Xuan selepas disahkan mengalami empat kecederaan serius ketika menyertai saingan separuh akhir kejohanan Malaysia Super 100, Sabtu lalu.

Hasil daripada ujian pengimejan resonans magnetik (MRI), pemain berusia 25 tahun itu mengalami anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL), lateral collateral ligament (LCL) selain sedikit keretakan tulang.

Justeru, kos sekitar RM25,000 sehingga RM30,000 dijangka diperlukan termasuk proses pembedahan namun malang buat Qi Xuan, syarikat insuransnya tidak melindungi kecederaan berkenaan.

“Ibu bapa saya kini sudah bersara dan saya tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat menjalani latihan dengan lutut saya yang cedera teruk. Saya menulis ini dengan penuh rendah hati untuk mendapatkan bantuan anda,” kata Qi Xuan di laman sosial Instagram miliknya.

Qi Xuan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan selepas melakukan lompatan ketika bertemu gandingan BAM, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing di separuh akhir.

Susulan kecederaan itu, Qi Xuan terpaksa diusung keluar sekali gus memberi kemenangan kepada Pei Kee-Mei Xing yang kemudian bergelar juara selepas meraih kemenangan di final.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini