comscore
Tumpuan :
Sukan

Qabil syukur selamat dari bencana banjir kilat

Qabil Irfan Azlan

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

JEREZ: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, menzahirkan rasa syukur apabila kediamannya di Tarragona terselamat dari bencana ribut dan banjir kilat terburuk yang melanda timur Sepanyol pada hari Selasa lalu.

Walau bagaimanapun, perjalanan Qabil dan krew pasukan ZK Racing dari Roda de Bera ke litar Jerez untuk pusingan ke-7 perlumbaan ESBK Moto4 terjejas, mengambil masa 15 jam.

“Alhamdulillah, saya dan krew semuanya selamat. Rumah tidak terkena banjir, dan kami selamat sampai di Jerez semalam walaupun banyak jalan ditutup akibat banjir besar.”

Litar Ricardo Tormo

Qabil dan pasukannya memulakan perjalanan pada jam 5 pagi Rabu lalu, tetapi terpaksa mengubah laluan beberapa kali disebabkan jalan ditutup, dan akhirnya tiba di Jerez pada jam 8.30 malam.

Dalam pada itu, banjir dahsyat di timur Sepanyol turut memberi kesan kepada litar Ricardo Tormo di Valencia, yang terletak lebih kurang 285 kilometer dari kediaman Qabil di Tarragona.

Kejadian ini menyebabkan beberapa fasiliti, terutama laluan masuk dan tempat letak kereta, terjejas teruk, memaksa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan sebelum pusingan akhir MotoGP Grand Prix Valencia berlangsung pada 15 hingga 17 November ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini