Tumpuan :
Sukan

PSG tumbang lagi, Messi jadi mangsa

Bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi ketika aksi Ligue 1 menentang Olympique Lyonnais (OL) di Parc des Princes, Paris. – FOTO: REUTERS

PARIS: Paris Saint-Germain kalah buat kali kedua berturut-turut di laman sendiri, tewas 1-0 kepada Lyon dengan bintang Piala Dunia, Lionel Messi dicemuh penyokong tuan rumah.

Selepas tewas 2-0 kepada Rennes di Parc des Pinces dua minggu lalu, Bradly Barcola pula menjadi pemusnah PSG di laman mereka sendiri.

Barcola, yang masuk menggantikan Amin Sarr – menebus kegagalan Alexandre Lacazette menyempurnakan penalti di babak pertama dengan jaringan kemenangannya.

Ia adalah kekalahan kelima PSG dalam saingan Ligue 1 musim ini, kesemuanya dalam tahun ini, dan meletakkan skuad kendalian Cristophe Galtier hanya enam mata di depan Lens dan Marseille.

Messi, 35, semakin menghampiri penghujung kontrak dua tahunnya bersama kelab Paris itu.

Sepanjang dua musim, pemain veteran itu sudah beraksi dalam 67 perlawanan dan menjaringkan 29 gol.

Rundingan untuk memperbaharui kontraknya sedang berjalan tetapi Messi turut dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona.

“Sukar untuk menerima cemuhan itu. Leo adalah pemain yang banyak menyumbang sejak awal musim. Saya tidak pernah terfikir untuk mengeluarkannya,” kata Galtier.

Loading...
Terkini