Tumpuan :
Nasional

Projek tebatan banjir segera di Kota Tinggi, Segamat & Batu Pahat

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara SK Spang Loi, Buloh Kasap. – FOTO: Facebook/Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor memberi keutamaan kepada daerah Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat bagi pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat kerana daerah terbabit sering berisiko banjir setiap kali hujan berterusan.

Datuk Onn Hafiz berkata anggaran kos RTB di negeri itu boleh mencecah sehingga RM1 bilion.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya semua projek RTB bernilai RM600 juta ke atas dilulus dan disegerakan mulai Jun ini.

Datuk Onn Hafiz berkata pengumuman itu bakal menyelesaikan isu banjir.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata agensi berkaitan akan menyiasat dakwaan penduduk, berhubung ban retak di Spang Loi, Segamat menyebabkan air naik mendadak.

Katanya, terdapat peruntukan RM5 juta bagi membaik pulih ban dengan proses tender akan selesai, bulan depan.

Loading...
Terkini