Tumpuan :
Sukan

Program Pembangunan Sukan Olimpik diwujud kumpul atlet berbakat

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

PETALING JAYA: Lapan sukan terpilih menerima peruntukan tambahan berjumlah RM20 juta bagi memperhebat pencarian atlet ke pentas Olimpik.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyenaraikan badminton, berbasikal, skuasy, memanah, olahraga, taekwondo, akuatik terjun dan renang menjadi pilihan berdasarkan prestasi lalu serta peluang di temasya terbesar dunia itu.

“Lapan sukan olimpik ini mempunyai bakat dan potensi kerana nampak banyak atlet remaja bertanding tetapi oleh sebab kekurangan dana dan pendedahan mereka tidak yakin serta program podium sahaja tidak mencukupi jadi kita risau akan ketandusan atlet”, kata Menteri Hannah Yeoh selepas merasmikan Bengkel Program Pembangunan Sukan Olimpik yang diadakan hari ini dan esok.

Kesemua lapan sukan tersebut diletakkan dalam program khas itu selepas dana seumpamanya diluluskan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan.

Jurulatih, pakar serta persatuan sukan kebangsaan (NSA) diberi peranan lebih besar untuk menggunakan peruntukan berkenaan dengan merangka aktiviti akar umbi, penyertaan ke pertandingan dan lain-lain lagi.

KBS dan MSN turut menambah dua lagi sukan iaitu angkat berat dan memanah sedang berada di fasa rayuan untuk turut sama-sama diletakkan dalam program.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini