comscore
Tumpuan :
Sukan

Poland lantik Fernando Santos sebagai pengendali baharu

FOTO: REUTERS

WARSAW: Poland melantik bekas jurulatih Portugal, Fernando Santos bagi mengharungi Euro 2024 dan Piala Dunia 2026.

Selepas sebulan berpisah dengan negara asalnya Portugal, pengendali berusia 68 tahun itu akan menjadi jurulatih asing ketiga Poland selepas Leo Beenhakker dan Paulo Sousa.

Berdasarkan pengalamannya melatih pemain berprofil tinggi seperti Cristiano Ronaldo, Santos kini beralih untuk membimbing seorang lagi pemain bintang iaitu Robert Lewandowski.

Santos juga ditugaskan untuk memperbaiki rekod buruk Poland sejak kebelakangan ini.

“Perkara paling penting ialah hubungan profesional saya dalam sesi latihan. Jelas sekali saya adalah bos dan saya akan menjadi orang yang membuat keputusan.

“Saya akan memutuskan segala-galanya dan tiada siapa yang akan melakukan kerja ini untuk saya. Pemain secara semula jadi akan menghormati saya.

“Tetapi saya memerlukan sedikit masa (untuk mengenali pemain),” jelas Santos.

Lapan tahun bersama Portugal, Santos pernah merangkul dua gelaran juara dalam saingan Euro 2016 dan Liga Negara-Negara 2019.

Dia juga pernah membimbing Greece sehingga berjaya membawa pasukan kebangsaan itu mara ke suku akhir Euro 2012 dan pusingan 16 Piala Dunia 2014.

Loading...
Terkini