Tumpuan :
Sukan

PM ucap tahniah pada Natasha Roslan, Rafiq Ismail

Natasha Roslan dan Rafiq Ismail rakul pingat Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong. – Foto media sosial

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet boling wanita Natasha Roslan yang merangkul kejuaraan pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong, malam ini.

“Hebat! Memang luar biasa! Natasha Roslan melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia. Pencapaian saudari luar biasa dan sangat membanggakan,” katanya dalam hantaran Facebook, malam ini.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Rafiq Ismail yang mendapat pingat perak bagi acara perseorangan lelaki pada kejohanan yang sama.

“Moga kejayaan kedua-dua individu ini menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia!,” katanya.

Loading...
Terkini