comscore
Tumpuan :
Sukan

Pihak berkuasa kawal keamanan, pemeriksaan ketat ke dalam stadium

BUKIT JALIL: Polis selaku pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat di pintu masuk Stadium Nasional pada perlawanan akhir Piala FA hari ini.

Tinjauan mendapati beribu anggota yang ditugaskan berada di sekitar stadium menjelang beberapa jam sebelum sepak mula aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

Pemeriksaan badan dilakukan terhadap penyokong semasa melepasi kawalan keselamatan bagi menapis barang-barang yang dilarang dibawa.

Rondaan turut dijalankan termasuk membabitkan unit berkuda.

Lebih dua ribu anggota dikerah mengawal keamanan ditambah pasukan keselamatan lain bagi memastikan kelancaran sebelum, semasa dan selepas perlawanan kali ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini