Tumpuan :
Sukan

Piala FA: Villa tamatkan kempen Spurs

Pemain Aston Villa, Jacob Ramsey menjaringkan gol ketika pusingan keempat Piala FA menentang Tottenham Hotspur di Villa Park, Birmingham. – FOTO: Reuters

BIRMINGHAM: Aston Villa mara ke pusingan kelima Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di Villa Park.

Villa memerlukan 58 saat selepas sepak mula untuk menjaringkan gol apabila Morgan Rogers dengan mudah mara dan menghantar bola kepada Jacob Ramsey.

Pemain 23 tahun itu melepaskan rembatan ke arah Antonin Kinsky yang gagal menangkap kemas bola.

Rogers menambah jaringan pada minit ke-64 apabila Pedro Porro gagal mengeluarkan hantaran lintang Leon Bailey.

Pemain pinjaman dari Manchester United, Marcus Rashford, yang tidak beraksi sejak 12 Disember, dimasukkan selepas gol kedua Villa.

Pemain baharu Spurs, Mathys Tel merapatkan jurang pada masa kecederaan hasil hantaran Dejan Kulusevski, tetapi tuan rumah bertahan untuk memastikan kemenangan.

Kekalahan itu menyaksikan peluang Tottenham menamatkan kemarau kejuaraan hanyalah dalam saingan Liga Europa musim ini, selepas turut tersingkir di tangan Liverpool dalam saingan Piala Liga. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini