comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala FA: Kuching City kejutkan juara 5 kali Selangor FC

FOTO: NSTP

KUCHING: Kuching City FC memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri dengan mengejutkan juara lima kali Selangor FC 2-1 di Stadium Negeri, Kuching, pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, Kuching sebentar tadi.

Bagaimanapun, Selangor kendalian Nidzam Jamil membuka jaringan apabila penyerang dari Chile, Ronnie Fernandez memanfaatkan situasi kelam kabut di depan pintu uuntuk mewaskan penjaga gol Kuching FC, Shahril Saari pada minit ke-31.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kuching City berjaya menyamakan kedudukan menerusi tonggak pertahanan dari Nigeria, James Okwuosa yang pantas menyambar bola muntah penjaga gol Samuel Somerville selepas gagal menampan kemas tandukan penyerang Jordan Mintah pada minit keenam masa kecederaan babak pertama.

FOTO: NSTP

Mintah muncul wira pasukannya apabila pemain berusia 28 tahun itu menghukum kealpaan pemain pertahanan Selangor Sharul Nazeem Zulpakar yang mendada bola ke arah Somerville sebelum dihidu penyerang dari Ghana itu untuk gol kemenangan pada minit ke-64.

Kemenangan dilakar skuad kendalian Aidil Sharin Sahak pastinya memberi sedikit tonik buat mereka yang bakal berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk aksi timbal balik 6 Julai ini.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini