comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala FA: JDT belasah Malaysia University FC

Pemain JDT, Francisco Geraldes meraikan jaringan gol dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan pasukan Malaysian University di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. – FOTO: NSTP

ISKANDAR PUTERI: Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada sebelah kaki ke pentas separuh akhir selepas membelasah pasukan Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FC 5-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.Berdasarkan kemenangan itu, JDT yang dibimbing Hector Bidoglio membawa bekalan selesa untuk sekali lagi berdepan skuad kendalian Ridzuan Abu Shah di Stadium Sultan Ibrahim, 5 Julai ini.

Dalam pertembungan itu, Bidoglio membuat rombakan apabila mempertaruhkan `barisan kedua’ dan lebih menarik penampilan pertama Junior Eldstal yang mengemudi posisi pertahanan.

Rombakan itu tidak menjejas rentak permainan JDT selepas membuka tirai jaringan seawal minit kedua berpunca daripada bola lorongan Syahmi Safari yang membuka ruang buat Corbin Ong merembat bola kencang menewaskan penjaga gol Universiti Malaysia, Muhammad Ashraf Mohamad Fadhil.

FOTO: NSTP

Selepas jaringan itu, Malaysian University selaku tuan rumah lebih gemar untuk berkampung di kawasan sendiri dan seolah-olah tiada keberanian melakukan serangan ke kubu JDT.

Bersambung babak kedua, Bidoglio bagaikan `terdesak’ untuk menambah jaringan apabila membawa masuk Romel Morales dan Francisco Geraldes bagi menguatkan lagi jentera serangan.

Dan kehadiran Geraldes pada babak kedua membuahkan hasil apabila bola rembatan leret pada minit ke-48 selepas menerima bola hantaran Corbin menyaksikan bola terbias di kaki pemain pertahanan lawan untuk membolehkan JDT mendahului 2-0.

FOTO: NSTP

Geraldes mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-60 selepas merembat bola kencang dari luar kotak penalti berpunca daripada bola lorongan Morales.

JDT kembali mengganas pada minit ke-70 berpunca daripada bola sepakan sudut pemain gantian, Heberty Fernandes tepat kepada Shahrul Saad yang menanduk bola masuk menewaskan Muhammad Ashra.

Berbaki 10 minit sebelum tamat perlawanan, Morales meledak gol kelima JDT berpunca daripada hantaran Corbin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini