Tumpuan :
Sukan

Piala FA: City jumpa Bournemouth di suku akhir

Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne meraikan gol ketiga bersama rakan sepasukan ketika menundukkan Plymouth Argyle 3-1 pada pusingan kelima Piala FA Inggeris di Stadium Etihad, Manchester, kelmarin. – FOTO: Reuters

LONDON: Manchester City berdepan ujian getir kunjungan ke Bournemouth dalam undian suku akhir Piala FA Inggeris awal pagi tadi, manakala Aston Villa bertandang ke kelab divisyen dua Preston.

Ganjaran Fulham selepas mengalahkan juara bertahan Manchester United menerusi penentuan penalti adalah aksi di halaman sendiri bagi pertembungan musuh tetangga London menentang Crystal Palace.

Brighton menewaskan Newcastle 2-1 selepas masa tambahan malam tadi dan akan berdepan pemenang aksi awal pagi esok antara Nottingham Forest dan Ipswich.

Piala FA satu-satunya peluang realistik City untuk memenangi trofi dalam apa yang dilihat musim sukar buat anak buah Pep Guardiola.

City menjadi pilihan dalam pertandingan itu dengan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Arsenal sudah tersingkir.

Bagaimanapun, mereka tumpas 2-1 ketika kunjungan ke Bournemouth awal musim ini dan The Cherries hanya ketinggalan empat mata di belakang juara Inggeris itu dalam kedudukan liga.

Undian suku akhir:

Fulham mln Crystal Palace

Preston mln Aston Villa

Bournemouth mln Manchester City

Brighton mln Nottingham Forest atau Ipswich

Perlawanan pada hujung minggu 29 dan 30 Mac. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini