comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Emas Raja Raja guna konsep Piala Asia, Piala Dunia

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam melancarkan pembukaan Piala Agong dan Piala Emas Raja Raja kali ke-102 di Stadium Hang Tuah. – Foto NSTP.

MELAKA: Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-102 yang berlangsung di Melaka bermula Isnin ini akan menerapkan konsep sama seperti saingan Piala Asia dan Piala Dunia.

Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, kesemua pemain dikumpulkan di negeri Hang Tuah kali ini dengan beraksi di lapan venue berbeza.

Menurutnya, saingan secara karnival terbabit itu juga menyaksikan mentaliti pemain diuji menerusi kekerapan bermain tiga hari berturut-turut sekali gus memperlihatkan kekuatan mental dan fizikal.

“Perlawanan pembukaan Piala Agong antara Selangor dan Pahang petang semalam di Stadium Hang Tuah menyaksikan persembahan berintensiti tinggi yang dipamerkan pemain.

“Kebanyakan pemain berusia 19 dan 20 tahun sekali gus membolehkan mereka bersaing di pentas kompetitif sehingga 27 Oktober ini,” katanya.

Firdaus berkata, kejohanan tertua dan berprestij di Malaysia itu diharap terus melahirkan pemain muda berbakat untuk mewakili negara pada masa hadapan.

Jelasnya, penyertaan sulung pasukan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari bersama 15 pasukan lain termasuk SPRM dan Bomba turut akan memeriahkan lagi kejohanan edisi kali ini.

Loading...
Terkini