Tumpuan :
Sukan

Piala ASEAN 2024: Vietnam bawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua

Pemain Vietnam melepasi kawalan pemain Singapura pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN hari ini. – FOTO: VFF

SINGAPURA: Juara empat kali, Singapura dikecewakan dengan dua jaringan minit akhir Vietnam sekali gus tewas 0-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN 2024 di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad ‘Naga Emas’ membawa bekalan selesa dua gol menuju aksi separuh akhir kedua di Stadium Daerah Phu Tho, Ahad ini.

Kekalahan ini jelas memeritkan buat skuad bimbingan Tsotomu Ogura memandangkan mereka menguasai sebahagian besar permainan dan berjaya melakukan sekurang-kurangnya empat percubaan tepat ke arah gawang Vietnam.

Vietnam juga berjaya melakukan lima percubaan tepat dengan mereka berjaya mendahului pada minit ke-85 namun jaringan itu dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Vietnam membuktikan kualiti mereka apabila meledak dua gol dalam masa tambahan babak kedua yang berlarutan sehingga lebih 14 minit.

Mereka meledak gol pendahuluan menerusi sepakan penalti Nguyen Tien Linh pada minit ke-11 masa tambahan sebelum Rafaelson menambah gol kedua tiga minit berselang.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan juara bertahan, Thailand yang akan berdepan Filipina di Stadium Memorial Rizal, esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini