Tumpuan :
Sukan

Phillips direhatkan kerana ‘gemuk’

FOTO: REUTERS

LONDON: Pep Guardiola berkata pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips kembali daripada tugasnya di Piala Dunia bersama England dengan ‘berat badan berlebihan’ dan tidak dapat berlatih.

Pengurus City, Guardiola pada mulanya tidak pasti mengapa pemain itu berusia 27 tahun yang terdedah kepada kecederaan itu tidak berada di bangku simpanan ketika kemenangan Piala Liga ke atas juara bertahan Liverpool di Stadium Etihad.

Tapi selepas kemenangan 3-2 yang membawa City ke suku akhir Guardiola berkata: “Dia tidak cedera. Dia tiba dengan berat badan berlebihan. “Saya tidak tahu (mengapa).

“Dia tidak tiba dalam keadaan untuk melakukan sesi latihan dan bermain.”

City mempunyai 16 pemain yang bertugas di peringkat antarabangsa di Piala Dunia, lebih ramai daripada kelab Liga Perdana lain dan mereka semua di beri masa rehat selepas tugas di Qatar 2022 tamat dan Phillips pulang selepas kekalahan di suku akhir England kepada Perancis.

“Apabila dia sudah bersedia dia akan bermain, kerana kami memerlukannya, kami amat memerlukannya,” kata Guardiola, yang menambah dia “sama sekali” tidak mempunyai masalah dengan rejim latihan England.

Ditanya sama ada di kecewa, pengendali dari Sepanyol itu berkata: “Ia adalah perbualan peribadi dengan Kalvin.”

Phillips digunakan hanya selama 40 minit sebagai pemain gantian pada pusingan akhir itu, tidak bermula buat City sejak berpindah dari Leeds United pada penghujung musim kerana kecederaan bahu.

Pasukan tangga kedua, City, yang kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Leeds pada Rabu, akan sekali lagi tanpa pemain berusia 27 tahun itu yang jelas mengecewakan pengurusnya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini