Tumpuan :
Sukan

Peru pula hilang hak tuan rumah Piala Dunia B-17

FOTO: REUTERS

PARIS: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi mendapat perhatian umum apabila menarik hak Peru sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17).

Ia berikutan negara berkenaan dilapor tidak mampu menyediakan infrastruktur yang diperlukan.

FIFA kini sedang mengenalpasti tuan rumah baharu namun menegaskan kejohanan yang membabitkan 24 pasukan itu akan kekal dilangsungkan dari 10 November hingga 2 Disember 2023.

Untuk rekod, kejohanan dwitahunan itu sepatutnya diadakan di Peru pada 2021, tetapi dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Menerusi satu kenyataan, FIFA mendapati Persekutuan Bolasepak Peru kesuntukan masa untuk melengkapkan infrastuktur sebelum kejohanan bermula.

Bagaimanapun FIFA menyatakan badan induk antarabangsa itu terbuka untuk Peru menganjurkan kejohanan lain pada masa hadapan.

Minggu lalu, FIFA menarik hak Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) berikutan negara itu mahu mengharamkan penyertaan Israel yang layak kali pertama.

Loading...
Terkini