Tumpuan :
Sukan

Perjuangan Tze Yong tersekat di separuh akhir

FOTO: Persatuan Badminton Malaysia/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong kecundang di tangan Jonatan Christie dari Indonesia pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong.

Tze Yong memberi tentangan sengit di set pertama sebelum tewas 19-21.

Dia bagaimanapun bangkit di set seterusnya meskipun beberapa kali ketinggalan, untuk berjaya menawan set kedua 23-21.

Ketangkasan Jonatan selaku pemain ranking ke-6 dunia seolah-olah ‘menjerat’ setiap langkah Tze Yong di set ketiga yang berkesudahan
13-21.

Di sebalik kekalahan itu, pencapaian melangkah ke separuh akhir kali ini adalah yang terbaik buat Tze Yong musim ini.

Kali terakhir dia mara kelompok empat terbaik dalam kejohanan Super 500 adalah pada saingan Terbuka India, tahun lalu.

Jonatan akan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Anthony Sinisuka Ginting dengan pemain Jepun, Kenta Nishimoto bagi perebutan gelaran juara, esok.

Loading...
Terkini