Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin
GEORGE TOWN: Kempen Piala Cabaran bermula menyaksikan penampilan pasukan-pasukan yang tersingkir daripada saingan Pala Malaysia.
Penang FC yang diperkuat dua pemain Harimau Malaya di Piala Asean unggul membenam Putrajaya Athletic.
Jurulatih Harimau Kumbang, Wan Rohaimi Wan Ismail membuat kejutan di di Stadium Bandaraya, George Town dengan membariskan ketua pasukan kebangsaan Mohd Syamer Kutty Abba dan serta pertahanan Mohd Adib Abdul Ra’op.
Percaturan tuan rumah berhasil apabila mendahului selesa 2-0 di separuh masa hasil penyudah Rodrigo Dias minit (m) 20 dan Dylan Wenzel Halls m-40.
Cabaran pelawat yang dibimbing Nazrulerwan Makmor kian sukar selepas rehat berikutan ditembusi dua lagi gol.
Rafael Vitor dan Nabil Ahmad Latpi tampil menyumbat dua jaringan pantas m-62 dan 69.
Kemenangan 4-0 tersebut membolehkan Penang FC sebelah kaki ke separuh akhir berbaki aksi timbal balik 23 disember ini.
Sukan
Penang FC guna Syamer, Adib benam Putrajaya Athletic
Berita berkaitan
Loading...
Terkini