comscore
Tumpuan :
Sukan

Penampilan Pearly/ Thinaah di perlawanan akhir Terbuka Perancis esok jadi tumpuan

Foto: Badminton Association of Malaysia – BAM/Facebook

PARIS: Beregu wanita negara Pearly Tan/ M. Thinaah terus berada di momentum terbaik karier mereka dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir Terbuka Perancis.

Pasangan itu menghampiri gelaran berstatus Jelajah Dunia BWF ketiga terbesar yang bertaraf Super 750 selepas menewaskan Baek Ha Na/ Lee So Hee dari Korea Selatan.

Pearly/ Thinaah menepati ramalan berjaya menewaskan lawan bukan pilihan itu menerusi aksi straight set 21-13, 21-17 di Stade Pierre de Coubertin.

Kedua-duanya mengambil masa 41 minit untuk mengesahkan tempat ke penentuan juara esok berhadapan pilihan ke-4 dari Jepun Mayu Matsumoto/ Wakana Nagahara.

Kejayaan sensasi di Paris sebentar tadi, membuka peluang beregu negara itu memenangi pertandingan kedua tahun ini, selepas membawa pulang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham Ogos lalu.

Pearly/ Thinaah yang ketika ini menghuni ranking ke-11 dunia bakal tampil dalam perlawanan akhir sulung jelajah dunia 2022.

Kali terakhir kedua-duanya menaiki podium juara siri Super ialah Mac 2021 iaitu Terbuka Switzerland Mac yang bergred Super 300.

Loading...
Terkini