Tumpuan :
Sukan

Pemburuan emas Sukan Paralimpik 2024 bermula hari ini

FOTO: Hannah Yeoh/Facebook

PETALING JAYA: Sukan Paralimpik Paris 2024 akan membuka tirainya dengan upacara pembukaan rasmi yang akan berlangsung awal pagi ini waktu Malaysia di ibu kota Perancis.

Seramai 4,400 atlet Paralimpik dari 184 kontinjen bertanding akan menyertai perarakan masuk yang diadakan di dataran bersejarah Paris, Place de la Concorde dan Avenue Champs-Elysees yang terkenal.

Sebanyak 18 lokasi di Paris menjadi medan pertandingan para atlet, termasuk di Stade de France, Stade Roland-Garros, Stadium Menara Eiffel, Pont Alexandre III, dan Grand Palais.

Paralimpik 2024 mempertandingkan 22 jenis sukan dan Malaysia diwakili seramai 30 atlet para negara yang akan bertanding dalam 8 jenis sukan bermula hari ini hingga 8 September.

Ini juga merupakan jumlah kontinjen paling ramai dihantar Malaysia sejak mula menyertai temasya paralimpik pada edisi 1972.

Empat atlet dilihat berpulang cerah mengulangi pencapaian membawa pulang pingat emas di temasya berkenaan, antaranya Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli dari sukan olahraga, Bonnie Bunyau Gustin (angkat berat) dan Cheah Liek Hou (badminton).

FOTO: Hannah Yeoh/Facebook

Setakat ini, Malaysia telah mengumpul enam emas di Sukan Paralimpik secara keseluruhan dengan tiga daripadanya diperoleh di Rio 2016 dan tiga lagi di Tokyo 2020.

Senarai Atlet Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024:

Muhammad Nazmi Nasri (Lompat Jauh)
Datuk Abdul Latif Romly (Lompat Jauh)
Jonathan Wong Kar Gee (Lompat Jauh)
Eddy Bernard (100m Lelaki)
Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru)
Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (400m Lelaki)
Suresh Selvathamby (Memanah)
Nur Jannaton Abdul Jalil (Menanah)
Daneshen Govinda Rajan (Memanah)
Mohd Amin Burhanuddin (Badminton)
Cheah Liek Hou (Badminton)
Muhammad Fareez Anuar (Badminton)
Muhammad Ikhwan Ramli (Badminton)
Noor Azwan Noorlan (Badminton)
Lee Chee Hoong (Boccia)
Abdul Razzaq Abdul Rahman (Boccia)
Noor Askuzaimey Mat Salim (Boccia)
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Berbasikal)
Muhammad Adi Raimie Amizazahan (Berbasikal)
Nur Suraiya Muhamad Zamri (Berbasikal)
Farina Shawati Mohd Adnan – Pilot (Berbasikal)
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (Berbasikal)
Nurul Suhada Zainal – Pilot (Berbasikal)
Nicodemus Manggoi Moses (Powerlifting)
Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting)
Jong Yee Khie (Powerlifting)
Muhammad Imaan Aiman (Renang)
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang)
Abu Samah Borhan (Tenis Kerusi Roda)
Mohamad Yusshazwan Yusoff (Tenis Kerusi Roda)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini