Tumpuan :
Sukan

Pembabitan lebih mendalam kanak-kanak dan golongan belia dalam bola sepak lelaki dan wanita, futsal dan bola sepak pantai   

‘PTF’ FAM bersidang membincangkan mengenai usaha merancakkan pembangunan belia & akar umbi (bola sepak lelaki dan wanita), futsal dan bola sepak pantai. – Foto : FAM / Facebook 

KELANA JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah untuk meletakkan lebih pendekatan dalam pembabitan kanak-kanak dan golongan belia di peringkat sekolah dalam pembangunan bola sepak akar umbi secara keseluruhannya.

Inisiatif tersebut dicapai menerusi perbincangan Pasukan Petugas Khas Presiden FAM atau FAM Presidential Task Force (PTF) yang bersidang buat kali ketiga semalam.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mempengerusikan persidangan menjelaskan, mereka sepakat memutuskan pendekatan di peringkat sekolah mahupun di sekolah swasta dan sekolah jenis kebangsaan perempuan harus diberi tumpuan bagi membantu badan induk itu mencari jalan memperbaiki pencapaian di luar dan dalam padang.

“Antara idea yang dilontarkan ialah belia dan sekolah perlu didedahkan dengan lebih banyak saingan kompetitif serta ibu-bapa perlu memberi daya sokongan yang baik,” kata Datuk Haji Hamidin.

Sebelum ini, PTF sudah mengenal pasti enam elemen utama sebagai subjek teras untuk dibincangkan secara mendalam iaitu Pasukan Kebangsaan, Pembangunan akar umbi dan belia, Pendidikan Kejurulatihan dan Prestasi Tinggi, Bola sepak Wanita, Futsal dan Bola Sepak Pantai,  Pertandingan serta Tadbir Urus dan Kelestarian Kewangan.

Penekanan terbaharu ini membolehkan badan induk bola sepak negara itu meneliti idea segar yang dilontarkan sebelum tindakan selanjutnya diambil sekretariat.

Persidangan Pembangunan Belia & akar umbi (bola sepak lelaki dan wanita), Futsal dan Bola Sepak Pantai disertai daripada kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik dan penyokong, pemerhati atau pengikut bola sepak.

Mereka ialah bekas Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan, Datuk Ee Hong; Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Bahrin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin. Ahli – ahli baru iaitu bekas Pengurus Selangor, Zakaria Rahim; bekas Exco FAM, Shafizah Umamah Abdul Mutalib, Ahli Perniagaan, Datuk Hidzir Abd Hamid dan bekas Pengarah Red Antlers, Ahmad Suffian Mamat.

Loading...
Terkini