comscore
Tumpuan :
Sukan

Pemain negara alami kecederaan ngeri di Super 100 Malaysia

Foto ihsan Yimao Qiu / Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BUKIT KIARA: Pertembungan dua rakan senegara di separuh akhir badminton Super 100 Malaysia hari ini berkesudahan dengan suasana tragis.

Kecederaan teruk menimpa pemain beregu wanita Ng Qi Xuan di bahagian lutut kanannya yang terkeluar daripada kedudukan asal (dislocated knee) selepas melakukan loncatan bagi mengambil bulu tangkis.

Situasi itu kemudian disedari pasangannya Yap Rui Chen yang terus meminta pertolongan kecemasan ke dalam gelanggang menyaksikan pasukan perubatan bergegas memeriksa keadaan seterusnya memberikan rawatan.

Mereka mendahului Go Pei Kee/ Teoh Mei Xing 20-18 di set kedua selepas tewas 20-22 di permainan awal berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Qi Xuan terpaksa diusung keluar untuk dibawa ke hospital memaksa perlawanan ditamatkan sekaligus kemaraan kepada pilihan keempat itu ke aksi penentuan juara esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini