comscore
Tumpuan :
Sukan

Pemain KDA FC boikot latihan lagi?

PEMAIN KDA FC meraikan jaringan ketika seri 2-2 dengan Sri Pahang di Stadium Darul Aman, 20 September lalu, namun selepas itu, belum memulakan latihan di padang. FOTO FB KDA FC

ALOR SETAR: Kemelut dalaman yang melanda Kedah Darul Aman (KDA) FC nampaknya masih belum berakhir apabila pemain pasukan itu dilapor tidak menghadiri sesi latihan menjelang perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC (TFC), 19 Oktober ini.

Tinjauan sekitar 5 petang semalam mendapati, tiada kelibat pemain atau barisan kejurulatihan memulakan sesi latihan seperti kebiasaan dilakukan di beberapa padang latihan sekitar Alor Setar dan Jitra.

Difahamkan, skuad kendalian Nafuzi Zain sepatutnya menjalani latihan awal minggu ini bagi menyambung saingan Liga Super selepas seri 2-2 menentang Sri Pahang pada 22 September lalu.

Usaha mendapatkan kenyataan rasmi berkaitan isu semasa itu termasuk tarikh memulakan latihan padang dari pihak pengurusan dan barisan jurulatih pasukan masih gagal diperoleh, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat bola sepak Sang Kenari.

Berikutan itu, tular di media sosial mengenai berita pemain KDA FC dikatakan kembali memboikot sesi latihan menjelang perlawanan menentang TFC itu.

Sebelum ini, berikutan masalah tunggakan gaji, KDA FC terpaksa menggunakan khidmat pemain skuad Bawah 23 Tahun (KDA FC B) sebelum dibelasah 0-5 oleh Kuala Lumpur City FC di Cheras.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 

Loading...
Terkini