Tumpuan :
Sukan

Pemain Harimau Malaya tenang hadapi Oman esok

Foto: FAM

KUALA LUMPUR: Presiden FAM, Datuk Hamidin Haji Mohd Amin, hari ini meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama  pemain skuad Harimau Malaya di hotel penginapan pasukan.

Beliau turut memberi kata-kata semangat buat skuad kendalian Kim Pan Gon itu menjelang misi getir menentang Oman pada aksi ketiga Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Skuad kebangsaan menjalani latihan terakhir di Kelana Jaya malam ini selepas tidak berkesempatan menguji gelanggang rasmi SNBJ atas faktor menjaga faktor kualiti padang menghadapi perlawanan sebenar esok.

Selepas selesa di tangga teratas, Harimau Malaya jatuh ke tangga ketiga Kumpulan D selepas tewas kepada Oman 0-2 di Muscat pada Jumaat.

Bagaimanapun skuad kebangsaan masih di landasan tepat untuk meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan 4-3 sebelum membawa pulang tiga lagi mata menewaskan Taiwan 1-0.

Perlawanan Malaysia menentang Oman di SNBJ dijadual berlangsung jam 10 malam esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini