comscore
Tumpuan :
Sukan

Peluang Nur Izzuddin-Sze Wei akhiri kemarau 35 tahun

FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Dalam sejarah saingan Badminton Terbuka China hanya sekali beregu lelaki negara muncul juara menerusi pasangan legenda adik beradik Datuk Razif Sidek -Datuk Seri Jalani Sidek pada edisi 1989.

Kini peluang buat gandingan Izzuddin Rumsani-Goh Sze Wei mengulangi pencapaian itu seterusnya menamatkan kemarau 35 tahun itu apabila mereka melangkah ke perlawanan akhir selepas menundukkan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Changzhou di sini lewat petang tadi.

Aksi set pertama menyaksikan kedua-dua beregu menampilkan corak permainan seimbang meskipun pada awalnya gandingan negara ketinggalan 7-10 sebelum kembali mengejar dan mendahului 11-10.

Izzuddin-Sze Fei  kemudiannya mempamerkan penguasaan selepas itu dengan permainan lebih kemas dan gerakan-gerakan yang memerangkap lawan sekali gus menamatkan permainan dengan kemenangan 21-14.

Set kedua nyata lebih mendebarkan dan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasangan saling bertukar servis sehingga terikat 22-22.

Di sinilah Nur Izzuddin-Sze Fei menampilkan ketenangan dalam keadaan situasi memburu mata penting apabila berjaya menyudahkan perlawanan dengan keputusan 24-22.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Izzuddin-Sze Fei mara ke final Jelajah BWF bertaraf Super 1000 dan yang ketiga musim ini selepas menjuarai Terbuka Jepun, bulan lalu dan muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia pada April.

Aksi final esok, Izzuddin-Sze Fei akan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang sedang berdepan gandingan tuan rumah  He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini