Tumpuan :
Sukan

Peluang Harimau Muda kukuh peluang ke Piala Asia B-23 2024

Skuad bawah 23 kebangsaan jalani latihan terakhir sebelum  menentang Filipina pada aksi kedua kelayakan Piala Asia petang esok. -Foto: FAM/ Facebook

CHONBURI,THAILAND: Selepas melepasi ujian pertama menewaskan Bangladesh 2-0  pada aksi kelayakan Kumpulan H kelmarin, skuad bawah 23 kebangsaan kendalian E Elavarasan kembali fokus menjelang pertemuan menentang Filipina esok.

Sekiranya menang ia membuka peluang lebih cerah ke pusingan akhir yang dijadual berlangsung di Qatar tahun depan, Kemenangan esok juga penting untuk bekalan moral lebih tinggi sebelum menghadapi tuan rumah Thailand pada 12 September.

Malaysia dan Thailand awal-awal lagi dilihat pasukan yang bakal mendudukki dua tempat teratas Kumpulan H dan pertemuan kedua-dua pasukan selasa depan dijangka menobatkan siapa lebih layak bergelar juara Kumpulan.

Ketika ini Thailand di tangga teratas  Kumpulan H, meskipun berkongsi 3 mata bersama Malaysia  berdasarkan kelebihan jaringan selepas menundukkan Filipina 5-0.

Justeru  anak-anak buah E Elavarasan diharap beraksi lebih kemas menentang Filipina esok selepas dipaksa bekerja keras oleh Bangladesh pada aksi pertama.

Foto: FAM/ Facebook

Dua jaringan Malaysia hanya hadir pada lewat permainan, menerusi Aliff Izwan pada minit ke-81 dan jaringan Fergus Tierney ketika permainan memasukki masa kecederaan.

Mengikut format pertandingan, 16 pasukan terdiri daripada 11 juara kumpulan dalam saingan kelayakan bersama empat naib juara terbaik kumpulan dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di pusingan akhir.

Perlawanan Malaysia menentang Filipina berlangsung 5.30 petang esok  di Stadium Chonburi, Thailand.

Loading...
Terkini