Tumpuan :
Sukan

Pelajar UiTM muncul juara pertandingan Mut LAWASIA

 

Pelajar-pelajar dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

SHAH ALAM : Pelajar-pelajar dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah mucul juara dalam pertandingan LAWASIA International Moot Competition Ke-18 (Pusingan Kebangsaan), yang telah diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2023.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Moot Antarabangsa LAWASIA dan Majlis Peguam Malaysia di Pusat Arbitrasi Antarabangsa Asia, Kuala Lumpur.

Dua pasukan telah dihantar oleh Fakulti Undang-Undang, UiTM, dengan pasukan pertama terdiri daripada Nur Sakina Huda Jazman Azi, Nur Atiqah Azrein dan Nurul Athirah Hairol Nizal, manakala pasukan kedua terdiri daripada Izzati Syahirah Zainudin, Fatihah Soraya Sofian dan Iman Nabeeha Ahmad Sabri.

Pasukan pertama tersebut telah berjaya menembusi pusingan akhir dan dirangkul juara setelah menewaskan pasukan dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.

Pertandingan mahkamah mut mensimulasikan pendengaran mahkamah, di mana peserta akan meneliti masalah perundangan, menyelidik peruntukan undang-undang yang berkaitan, dan menyampaikan hujah mereka menegakkan kes yang diberi.

Masalah Moot dalam Pertandingan Moot Antarabangsa LAWASIA yang ke-18 (Pusingan Kebangsaan) berkisar sekitar isu-isu undang-undang antara dua negara fiksyen, di mana permohonan untuk pendengaran penuh telah dibuat kepada Panel Arbital.

Pertandingan ini bertujuan untuk melatih generasi baru peguam dan peguamcara dalam keupayaan mereka menghadapi isu-isu undang-undang yang mencabar.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dari pusat pengajian undang-undang akan diperkayakan dengan pengalaman yang akan meningkatkan keyakinan, kemahiran advokasi, dan kemahiran penulisan mereka.

Para jurulatih fakulti, Profesor Irwin Ooi Ui Jo dan Dr Ummi Hani’ Maso’od, percaya bahawa para pelajar, atau pendebat mut, akan berpeluang membangunkan kemahiran dan skil yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam industri undang-undang selain daripada memperkayakan penguasaan akademik.

Loading...
Terkini