comscore
Tumpuan :
Sukan

Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir

KUALA LUMPUR: Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah gagal meneruskan kemaraan ke final Terbuka India 2023 selepas terkandas di separuh akhir, sebentar tadi.

Pasangan negara itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor dua dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 16-21 pada aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav di New Delhi.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasangan menyaksikan Pearly-Thinaah berjaya melakar satu-satunya kemenangan mereka ke atas lawan berkenaan iaitu ketika suku akhir Terbuka Perancis, Oktober tahun lalu.

Kemenangan menyaksikan Matsuyama-Shida akan membuat perhitungan dengan pemenang perlawanan antara pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan Jeung Na Eun-Kim Hye Jeong bagi perebutan gelaran juara esok.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Pearly-Thinaah
Bagi Pearly-Thinaah, kejayaan mara sehingga separuh akhir di India kali ini memperbaiki pencapaian mereka yang tersingkir seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Juara Terbuka Perancis 2022 itu akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Masters Indonesia di Jakarta yang akan berlangsung bermula Selasa ini.

Mereka akan membuka tirai kempen di Jakarta menentang pasangan Singapura, Jin Yujia-Crystal Wong pada aksi pusingan pertama.

Loading...
Terkini